Anggota komando kena dakwa miliki penerbitan militan

Anggota komando kena dakwa miliki penerbitan militan

PARIT, 1 Dis (Bernama) – Seorang anggota komando dari Kem Sungai Udang, Melaka didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki sehelai kemeja T yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan I.S pada November lepas.

Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota pada kira-kira 1.30 tengah hari 12 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, dan boleh dilucut hak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Seorang anggota komando dari Kem Sungai Udang, Melaka, Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, ketika dibawa ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki sehelai kemeja T yang mempunyai kaitan kumpulan militan IS pada 12 November lepas. – Bernama

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Fitri Sadarudin menetapkan 6 Jan depan untuk sebutan semula dan mendengar permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistina Qamarul Abrar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

ARTIKEL YANG SAMA