Anggota militan ditangkap di Filipina

MANILA, 13 Mac – Anggota Polis Filipina menahan seorang anggota militan yang disyaki menolong menjaga sekumpulan pelancong yang diculik pada tahun 2001, termasuk seorang mubaligh Amerika yang kemudiannya dibunuh, menurut jabatan keadilan semalam.

Hood Abdullah dituduh menjaga tebusan termasuk seorang warga Amerika, Martin Burnham, yang terbunuh dan isterinya tercedera dalam serangan bagi operasi menyelamat mangsa pada Jun 2002.

Abdullah adalah seorang ahli Abu Sayyaf, sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda yang dituduh melakukan pengeboman maut, penculikan dan pemenggalan kepala dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kata Setiausaha Keadilan, Vitaliano Aguirre.

“Burnham, seorang tebusan Amerika, sentiasa digari oleh Abdullah,” kata Aguirre kepada wartawan. Burnham terbunuh 13 bulan selepas lelaki bersenjata dari Abu Sayyaf menculik sekumpulan 20 orang pelancong di sebuah peranginan di barat Filipina, termasuk pasangan Burnham dan seorang lagi warga Amerika, yang kemudiannya dipenggal kepalanya.

Agensi Biro Penyelidikan Nasional mengiringi suspek militan, Hood Abdullah (dua, kiri) dan Jimmy Bla (dua, kanan) pada sidang media di ibu pejabat Biro Penyiasatan Kebangsaan di Manila pada 12 Mac 2018. – AFP

Kumpulan bersenjata itu menculik mangsa mereka menuju ke pangkalan kuat mereka di tebing pulau selatan di Basilan, menurut pihak berkuasa.

Abdullah tidak mengambil bahagian dalam serbuan ke peranginan itu, namun dia menjaga pasangan Burnham apabila beberapa kumpulan tebusan termasuk pasangan mubaligh di satu kawasan penahanan, kata Aguirre.

Para tebusan lain adalah pekerja kebun dan anggota keagamaan saksi Jehovah – dua dari mereka diselamatkan dan membantu mengenali Abdullah, menurut setiausaha keadilan. Abdullah ditangkap pada 27 Februari di bandar pelabuhan selatan Zamboanga, di mana Aguirre berkata Abdullah dipercayai sedang mencari mangsa baru ketika bekerja sebagai pegawal keselamatan sebuah motel. – AFP