Anggota polis bersalah terima rasuah

Anggota polis bersalah terima rasuah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Ketua Pembantu Teknikal di Pasukan Polis Diraja Brunei yang disabit oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menerima rasuah dan menyalahgunakan jawatannya, telah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan, bermula hari ini.

Alias bin Haji Mohd Yusof yang berkhidmat di pasukan tersebut sejak November 1992 didakwa menerima RM$1,650.96 ($700) di Pengiriman Wang Western Union di Malaysia pada 18 Februari 2010 daripada seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat.

Tertuduh menerima wang itu sebagai ganjaran untuk membuat cadangan bagi syarikat lelaki itu supaya diberi tempahan pembelian berjumlah $9,880. Tertuduh sekali gus menyalahgunakan jawatannya.

pg06_151014_mahkamah logo2

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain turut memerintahkan tertuduh membayar ganti rugi kepada kerajaan berjumlah $700 yang sama nilainya dengan wang suapan yang diterimanya atau berdepan tambahan sebulan penjara jika gagal membayarnya dalam tempoh sebulan.

Tertuduh diwakili Peguam Bela Rozaiman bin Abdul Rahman, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA