Anggota polis ditemui mati

Anggota polis ditemui mati

KOTA KINABALU, 21 Julai – Seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal dijumpai mati di sebuah apartmen di Cyber City, di sini dengan kesan tembakan di dada pagi tadi.

Mayat anggota polis berusia 31 tahun yang berasal dari Johor itu dijumpai terbaring di ruang tamu apartmen berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai bunyi tembakan di situ pada pukul 9:40 pagi.

“Sebaik tiba, polis mendapati mayat lelaki yang terbaring itu ialah anggota polis berusia 31 tahun dan terdapat kesan tembakan di dada,” katanya kepada pemberita di sini. – Bernama