Anggota polis guna basikal ke tempat kerja

Anggota polis guna basikal ke tempat kerja

BANDARAYA HO CHI MINH, 31 Mac (Bernama) – Buat julung kalinya mulai 30 Mac, anggota polis di Daerah Lima Bandaraya Ho Chi Minh menggunakan basikal untuk ke tempat kerja, menurut agensi berita China, Xinhua, memetik laporan media tempatan.

Selain untuk mengubah budaya kerja, penggunaan basikal itu turut bertujuan merapatkan lagi hubungan anggota polis dengan masyarakat tempatan, kata Ketua Polis Biro Wilayah Kolonel Nguyen Van Tien dalam akhbar harian Tuoi Tre. Berbasikal juga membantu anggota polis sentiasa cergas, menjimatkan kos bahan api selain dapat memelihara alam sekitar, kata Tien.

Bagaimanapun, katanya basikal hanya digunakan untuk ke tempat kerja tetapi tidak ketika melakukan rondaan.

Sejumlah 110 basikal dengan logo ‘Polis Wilayah’ diberikan kepada anggota polis, kos membeli basikal itu sebahagian besarnya hasil sumbangan daripada perusahaan tempatan.