Anggota polis terima hidayah

Anggota polis terima hidayah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Seorang anggota Polis Hutan, Pasukan Polis Diraja Brunei telah memilih Islam sebagai pegangan hidupnya setelah melafazkan dua kalimah syahadah, hari ini.

Awang Fakhrol Anak Boran telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai pengislaman dari

Unit Pengislaman Bahagian Perkembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah, pada majlis yang berlangsung di kediaman Haji Awamin bin Haji Ibrahim di Perumahan Kampung Rimba.

Berasal dari Kuala Belait, Awang Fakhrol, 27, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Fakhrol Aiman.

Majlis telah diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan penyampaian hadiah dan cenderamata.

Awang Muhammad Fakhrol Aiman ketika melafazkan dua kalimah syahadah kelmarin.
Awang Muhammad Fakhrol Aiman ketika melafazkan dua kalimah syahadah kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA