Anggota TDDB pilih Islam sebagai pegangan hidup

Anggota TDDB pilih Islam sebagai pegangan hidup

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 29 Jan – Seorang anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baru setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dan ikrar pengakuan pengislamannya hari ini.

Majlis pengislaman 50931 Soldadu Azrie bin Azman itu telah berlangsung di rumah ibu bapa beliau di Kampung Sungai Liang, Daerah Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Turut hadir bagi menyerikan majlis berkenaan ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Chuchu, para pegawai kanan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta Pusat Dakwah Islamiah cawangan Daerah Belait.

Tetamu kehormat ketika acara menabur bunga rampai kepada Awang Azrie.
Tetamu kehormat ketika acara menabur bunga rampai kepada Awang Azrie.
Awang Azrie bergambar ramai bersama rakan-rakan seplatoon beliau.
Awang Azrie bergambar ramai bersama rakan-rakan seplatoon beliau.

Semasa ditemui pihak media, Awang Azrie meluahkan rasa syukur dan gembira atas pengislamannya dan memberitahu beliau tertarik dengan pegangan Islam dan Al-Quran serta cara hidupnya, yang menjadi sebab utama untuknya memeluk agama Islam.

ARTIKEL YANG SAMA