Anggota TLDM ditahan, disyaki cuba cabul rakan setugas

Anggota TLDM ditahan, disyaki cuba cabul rakan setugas

LUMUT, 1 Jan (Bernama) – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 21 tahun ditahan selepas disyaki cuba mencabul kehormatan rakan setugasnya yang juga anggota TLDM di sebuah stor di Pangkalan TLDM, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang berumur 30-an dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat kerjanya sebelum pintu stor berkenaan diketuk suspek dari luar.

“Mangsa yang sedang bertugas kemudiannya membuka pintu berkenaan dan terkejut kerana lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk di bahagian kepala mangsa sebelum menolak mangsa sehingga kepala mangsa terkena almari.

“Suspek kemudiannya menindih badan mangsa. Mangsa cuba menjerit namun mulutnya ditutup dengan tangan suspek, mangsa kemudiannya menggigit jari suspek sebelum menolak suspek dan melarikan diri sebelum dibantu seorang rakan setugasnya yang lain,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA