Anggur buah t...

Anggur buah terbaik untuk jantung

MERAH, hitam ungu atau hijau, semuanya berkhasiat. Itulah kelebihan anggur. Anggur adalah antara buah yang paling awal muncul dan terkenal kerana rasanya yang sedap, baik untuk kesihatan dan selalu dijadikan sebagai bahan ramuan dalam masakan.

Anggur adalah termasuk dalam spesies Vitis dan ia merupakan tanaman asli di kawasan Mediterranean, tengah Eropah, barat daya Asia, barat Maghribi dan Sepanyol, utara Jerman dan utara Iran.

Buah yang dikenali sebagai grapes dalam Bahasa Inggeris ini merupakan beri kecil, bulat atau bujur. Buahnya mempunyai kulit nipis. Sesetengah jenis buah mengandungi biji yang boleh dimakan, manakala ada buah yang tidak mempunyai biji.

Buahnya tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Buah anggur tumbuh dalam gugusan enam hingga 300 tangkai dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan dan putih.

Buah anggur asli berwarna merah dan gelap. Jenis ini mengandungi banyak antosianin, sejenis antioksidan polifenolik yang banyak kelebihan kepada kesihatan manusia.

Kandungan gula yang mudah dihadam menjadikan anggur sesuai untuk dijadikan sebagai sumber tenaga segera yang sangat berguna untuk melakukan aktiviti aktif.
Kandungan gula yang mudah dihadam menjadikan anggur sesuai untuk dijadikan sebagai sumber tenaga segera yang sangat berguna untuk melakukan aktiviti aktif.

Manakala katechin merupakan fenolik yang banyak terdapat dalam anggur putih.

Kandungan febolik pada kulit anggur adalah bergantung kepada jenis, tanah, cuaca, geografi, amalan penanaman dan pendedahan pada jangkitan kulat. Anggur juga kaya dengan asid ellagik, sejenis flavonoid yang dikatakan mampu menentang kanser.

Melindungi jantung

Anggur mengandungi bahan per-lindungan jantung yang dikenali sebagai resveratrol. Ia merupakan agen efektif untuk pencegahan kanser berikutan dengan kebolehannya untuk menyekat kebanyakan langkah-langkah dalam proses karsinogenesis (proses pembentukan dan perkembangan kanser).

Kebaikan buah anggur merah atau ungu untuk kesihatan pula adalah berikutan dengan pigmen-pigmen pekat yang banyak pada kulit dan biji jika dibandingkan dengan isi buah.

Jus anggur berfungsi dalam pelbagai cara dalam sistem kardiovaskular. Pigmen-pigmen dalam buah anggur merah, ungu dan hitam melindungi sistem kardiovaskular melalui sejumlah mekanisme, termasuklah menahan darah beku, menyekat pengoksidaan kolesterol LDL, mengurangkan tahap homosistein, dan kandungan antiaterosklerotik.

Baik untuk mata

Antioksidan dalam anggur dikatakan mampu untuk merangsang keimunan dan mencegah masalah kemerosotan seperti kanser, katarak, kemerosotan makular dan tanda-tanda penuaan yang lain.

Pembersih hati

Anggur juga dikatakan mengalkalinkan darah dan bertindak seperti pembersih hati dan usus yang baik.

Jika jus anggur dicampurkan dengan jus epal dikatakan baik untuk membersihkan hati dan buah pinggang.

Asid dalam jus tersebut merangsang rembesan hati dan hempedu, sekali gus mencegah masalah hati.

Tonik pencernaan

Selain itu, anggur juga dikatakan bertindak sebagai tonik pencernaan. Asid tartarik juga bertindak sebagai penjulap dan mencegah sembelit.

Kandungan air yang tinggi dalam anggur mencegah batu buah pinggang dan batu pundi kencing.
Kandungan air yang tinggi dalam anggur mencegah batu buah pinggang dan batu pundi kencing.
Antioksidan dalam anggur dikatakan mampu untuk merangsang keimunan dan mencegah masalah kemerosotan seperti kanser dan katarak.
Antioksidan dalam anggur dikatakan mampu untuk merangsang keimunan dan mencegah masalah kemerosotan seperti kanser dan katarak.

Namun begitu, anggur itu perlulah matang kerana asid anggur yang muda tidak baik untuk darah.

Sumber tenaga segera

Ia juga merupakan sumber tenaga segera kerana mengandungi sejumlah gula yang mudah di hadam.

Diuretik

Kandungan air yang tinggi dalam anggur mencegah batu buah pinggang dan batu pundi kencing dengan cara memusnahkan bahan-bahan keras yang telah masuk ke bahagian ini.

Gabungan kandungan air, kalium dan garam yang rendah bertindak sebagai diuretik yang amat berguna dalam masalah buah pinggang.

Kalori rendah

Buah anggur mengandungi kalori yang rendah dan amat sesuai untuk pengawalan berat badan.

Selain buah, biji anggur juga berkhasiat dalam menghasilkan minyak yang boleh dimakan.

Ekstrak biji anggur boleh digunakan sebagai makanan tambahan. Dikatakan pengambilan ekstrak biji anggur mampu untuk menguatkan dinding kapilari dan ini amat sesuai untuk rawatan ketidakcukupan vena dan edema selepas pembedahan.

Pengambilan ekstrak biji anggur juga dikatakan mengurangkan risiko darah beku.