Angin kencang dijangka berterusan hingga Rabu

Angin kencang dijangka berterusan hingga Rabu

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Angin kencang dan laut bergelora dijangka melanda kawasan perairan Condore dan Reef North sehingga Rabu ini.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menyatakan bahawa angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.

Jabatan itu memaklumkan bahawa keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Kenyataan itu juga menyebut angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kuching dan Reef South sehingga lewat petang ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA