Angin kencang dijangka berterusan sehingga Rabu

Angin kencang dijangka berterusan sehingga Rabu

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) – Angin kencang barat daya yang berlaku di perairan Labuan serta di Pantai Barat dan Kudat, Sabah dijangka berterusan sehingga Rabu ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata angin kencang itu dijangka melanda dengan kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Menurut kenyataan itu lagi situasi sama dijangka berlaku di perairan Sulu dan keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi serta sukan laut.