Angin kencang landa Paris

Angin kencang landa Paris

PARIS, 28 Mac (AFP) – Puluhan ribu kediaman tanpa bekalan elektrik di barat laut Perancis awal hari ini selepas rantau itu dilanda angin kencang sehingga kepada kekuatan taufan malam semalam yang juga mencetuskan pembatalan penerbangan di selatan England.

Tujuh jabatan atau mukim, di Normandy dan Brittany telah ditempatkan dalam waspada ‘jingga’, yang kedua tertinggi dalam sistem amaran tiga peringkat Meteo-France.

Kira-kira 60,000 buah rumah mengalami putus bekalan elektrik, lebih separuh daripadanya di semenanjung barat Brittany, Perancis, kata operator grid elektrik ERDF.

Anggota bomba di seluruh dua rantau tersebut telah dipanggil lebih 400 kali, terutamanya untuk melapangkan jalan yang tersekat oleh pokok tumbang dan serpihan lain, kata perkhidmatan kecemasan.

Angin paling kencang telah dicatatkan di pulau pelancongan Bellelle, Breton, sekitar 150km sejam.

Para penduduk di sekitar pesisir di tiga jabatan di Atlantik – Finistere, Morbibhan dan Loire-Atlantique – telah diberi amaran mengenai ombak besar.