Angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu

Angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Labuan, pantai barat, Kudat, Sandakan dan pedalaman di Sabah sehingga 14 Sept ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata keadaan tersebut juga dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu sehingga Rabu.

Ia berkata keadaan sedemikian adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – Bernama