Angin kencang melanda Tawau

Angin kencang melanda Tawau

TAWAU, 14 Sept (Bernama) – Angin kencang dilapor berlaku di daerah ini kira-kira 2 pagi tadi.

Terdapat bumbung rumah yang dikatakan diterbangkan angin selain berlaku kerosakan pada tiang dan pencawang elektrik.

Herman Hatta, 34, berkata ketika kejadian dia dan isterinya sedang tidur di tingkat atas rumah mereka di Jalan Bunga Raya.

“Kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi. Masa itu hujan sangat lebat dan angin kencang yang mengakibatkan atap rumah saya tercabut dan diterbangkan angin,” katanya.

Hassan Ali, 65, berkata dia terdengar bunyi angin yang sangat kuat.

Orang ramai menurunkan bumbung yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian kira-kira 2 pagi, kelmarin.
Orang ramai menurunkan bumbung yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian kira-kira 2 pagi, kelmarin.

“Saya terus keluar rumah dan meninjau apa yang berlaku. Saya melihat ada angin berputar seakan-akan puting beliung yang terus mengenai rumah jiran saya sebelum mengenai rumah saya dan menyebabkan bumbung rumah saya tercabut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya turut menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Setakat ini kami sedang melakukan operasi dan memantau kawasan terlibat. Tiada kecederaan yang dilaporkan,” katanya.