Angin kencang, ribut bergelora berterusan hingga Ahad

Angin kencang, ribut bergelora berterusan hingga Ahad

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan sama juga berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Pahlawan, Sulu dan Phuket. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA