Angin kencang tumbangkan pokok

Angin kencang tumbangkan pokok

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu negara petang tadi, telah mengakibatkan beberapa batang pokok tumbang di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, angin kencang itu telah menjejaskan kawasan berdekatan lampu isyarat Kampung Kiulap dan kawasan berdekatan lampu isyarat Batu Satu, Jalan Tutong.

Berikutan kejadian itu, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan dikerahkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh ABKS 664 Mohd Ayub bin Haji Bedar bersama tiga orang ahli bomba.

Pokok tumbang di Kiulap yang menyekat jalan menghala ke Gadong.
Pokok tumbang di Kiulap yang menyekat jalan menghala ke Gadong.

Setakat ini, kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang sedang giat dijalankan dan tiada korban jiwa dilaporkan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat lagi, tiada kejadian bencana lain berlaku seperti atap terbang dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA