Angka kematian akibat Lionrock cecah 17

Angka kematian akibat Lionrock cecah 17

TOKYO, 4 Sept – Angka kematian akibat Taufan Lionrock sudah mencecah 17 orang di Jepun, dengan beberapa orang lagi masih hilang dan pegawai mengatakan hari ini bahawa satu taufan baru mengancam barat laut negara itu.

Dua lagi kematian disahkan hari ini akibat taufan besar yang melanda utara Jepun minggu lalu, menurut seorang pegawai di wilayah paling teruk terjejas, Iwate.

Angka kematian kini mencecah 17 termasuk dua yang disahkan mati di utara pulau utama Hokkaido.

Kini satu taufan baru pula bakal melanda pulau utama Kyushu di barat laut.

Pada jam 4 petang (waktu tempatan Jepun), Taufan Namtheun berada 90km ke barat laut bandar Amakusa di barat Kyushu, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Taufan baru itu bergerak perlahan ke arah utara dengan angin sehingga 126kmsj dan membawa bersamanya hujan lebat, menurut agensi itu, memberi amaran mengenai ombak besar, tanah runtuh dan banjir.

Namtheun dijangka melanda utara Kyushu awal Isnin pada waktu air pasang, amaran agensi itu.

Lionrock melanda pesisir utara Pasifik Jepun pada malam Selasa lalu, mem-bawakan hujan lebat ke kawasan besar.

Tebing sungai yang melimpahkan air mengakibatkan kerosakan, menyebabkan ramai masyarakat di bahagian pertanian utara terkandas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA