Angka kematian di Mediterranean meningkat

Angka kematian di Mediterranean meningkat

STRASBOURG, Perancis, 8 Jun – Lebih daripada 10,000 orang maut ketika menyeberangi Laut Mediterranean untuk menuju ke Eropah sejak 2014, PPB berkata semalam dan Amerika Syarikat (AS) akan mengumumkan rancangan baru untuk membendung aliran asing dari Afrika.

Berikutan dengan kejadian kapal karam yang mengorbankan ratusan nyawa baru-baru ini, Agensi Pelarian PBB berkata bilangan kematian di laut telah me-ningkat secara mendadak, dengan rekod 2,814 orang lemas sejak Januari lalu.

Dengan keadaan Eropah yang berhadapan dengan krisis terburuk sejak Perang Dunia kedua, angka kematian semakin meningkat dan ini mendorong kepada mempergiatkan pelbagai usaha bagi menangani masalah ini dengan segera.

Brussels telah mencari jalan untuk mengetatkan kawalan ke atas laluan Afrika selepas mencapai perjanjian dengan Ankara pada Mac lalu setelah pelbagai cubaan untuk menyeberangi lautan dari Turki.

Seorang lelaki bersama seorang anak damit berada di pelabuhan Piraeus di Athens, semalam, di mana kira-kira 1,500 migran dan pelarian terkandas. Lebih 10,000 orang maut dalam usaha untuk cuba melalui Lautan Mediterranean ke Eropah sejak 2014. – AFP
Seorang lelaki bersama seorang anak damit berada di pelabuhan Piraeus di Athens, semalam, di mana kira-kira 1,500 migran dan pelarian terkandas. Lebih 10,000 orang maut dalam usaha untuk cuba melalui Lautan Mediterranean ke Eropah sejak 2014. – AFP

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kehilangan nyawa pada skala ini, kita perlu melakukan apa saja untuk menghentikannya,” kata Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Frans Timmermans.

Cadangan baru Euro itu melibatkan penggunaan dana EU untuk menggalakkan pelaburan swasta sehingga 60 bilion (AS$68 bilion) di serata negara, di mana banyak pendatang muncul dari Ethiopia, Niger, Nigeria, Mali dan Senegal, serta Jordan dan Lebanon, kata Timmermans.

Sebanyak 8 bilion euro dari dana EU akan disediakan untuk menyokong tawaran penghijrahan bersama persatuan dari negara luar, banyak yang telah mula dicadangkan pada krisis sidang kemuncak tahun lepas. – AFP