Angka kematian serangan berani mati meningkat

Angka kematian serangan berani mati meningkat

PESHAWAR, Pakistan, 18 Sept – Angka kematian daripada pengeboman berani mati Taliban ke atas sebuah masjid di kawasan puak barat daya Pakistan meningkat kepada 36 orang, termasuk lapan kanak-kanak, menurut pegawai hari ini.

Serangan pada Jumaat menyasarkan sebuah masjid di daerah Mohmand bersempadan dengan Afghanistan di mana tentera memerangi militan Taliban.

“Kami kini mengumpulkan senarai mangsa-mangsa letupan yang termasuklah 36 kematian dan 27 cedera. Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak di bawah usia 10 tahun adalah antara yang mati,” kata timbalan ketua pentadbiran daerah puak Mohmand, Naveed Akbar memberitahu AFP.

“Ramai kanak-kanak yang terkena letupan kerana mereka bersembahyang di barisan akhir saf di mana pengebom meledakkan bom,” kata Akbar.

Pengebom masuk ketika sembahyang Jumaat berlangsung dan meledakkan dirinya di dewan utama.

Satu perintah berkurung sudah pun dilaksanakan di kawasan itu semenjak pengeboman.

Kumpulan berpecah Taliban, Jamaat-ul-Ahrar (JuA) mengaku bertanggungjawab bagi serangan, mengatakan ia melaksanakan serangan bagi membalas kematian 13 ahlinya dan penangkapan yang lain oleh angkatan bersenjata tempatan dalam 2009. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA