Angka korban meningkat di Sri Lanka

Angka korban meningkat di Sri Lanka

COLOMBO, 23 Mei (Xinhua) – Tentera menyelamat hari ini menemui sekurang-kurangnya tujuh lagi mayat daripada tapak runtuhan tanah di tengah daerah Kegalle di Sri Lanka sekali gus membawa jumlah kematian akibat banjir kilat dan runtuhan tanah Sri Lanka kepada 92 orang, kata Pusat Pengurusan Bencana.

Daerah Kegalle telah mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 57 orang terbunuh apabila dua runtuhan tanah melanda Aranayake dan Bulathkohupitiya pada minggu lalu, disebabkan hujan lebat dan angin kencang.

Tentera berkata usaha mencari sedang diteruskan di Aranayake memandangkan lebih 135 mayat masih tertimbus dalam lumpur dan batu.

Sementara hujan telah berhenti di beberapa kawasan hari ini, Pusat Pengurusan Bencana berkata orang masih perlu berjaga-jaga disebabkan hujan monsoon berterusan.

Setakat ini, 500,000 orang telah terjejas oleh banjir teruk dan runtuhan tanah di seluruh negara pulau dan lebih 250,000 telah dipindah ke tempat perlindungan sementara. Bantuan perubatan juga diberikan kepada orang yang cedera dalam banjir dan runtuhan tanah dan pegawai kesihatan berkata timbulnya ancaman penyakit bawaan air sebaik sahaja paras air surut.

Satu laporan keadaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu OCHA yang dikeluarkan di sini hari ini berkata timbulnya kebimbangan masalah kesihatan jangka pendek dan panjang ekoran banjir di Sri Lanka disebabkan sejumlah besar air bertakung, yang menghadapi risiko penyakit kulit bawaan air dan leptospirosis dan penyakit bawaan nyamuk.

ARTIKEL YANG SAMA