Angka pendatang haram ke AS menurun

WASHINGTON, 6 Dis – Tindakan imigresen Presiden Donald Trump telah mengundang peningkatan penahanan oleh para pegawai pengusiran di seluruh negara ketika beberapa bulan kebelakangan Trump menyandang jawatannya. Pada waktu yang sama, penangkapan di sepanjang sempadan Mexico telah menurun secara mendadak kerana tidak ramai cuba menyelinap masuk ke AS.

Angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri semalam menunjukkan Trump telah menunaikan janjinya pengetatan pengawalan imigresen dan berpendapat bakal-bakal pendatang yang faham mesej itu tidak akan terfikir untuk menyeberang sempadan secara haram. Meskipun penyeberangan sempadan telah berkurang, Trump terus menggesa bagi pembinaan tembok yang dijanjikannya di sepanjang sempadan – tembok yang menurut para pengkritik adalah tidak perlu dan membazir. – AP