Angkasawan Britain mula berjalan di angkasa lepas

Angkasawan Britain mula berjalan di angkasa lepas

MIAMI, 17 Jan – Angkasawan Tim Peake pada Jumaat menjadi warga Britain pertama yang berjalan di angkasa lepas, menjalankan misi untuk mengganti satu unit elektrik sementara berada dalam keadaan gelap.

Peake dan rakan sekerja AS Tim Kopra membuka suis sut angkasa lepas mereka pada pukul 7:48 pagi, menandakan bermulanya pengapungan untuk Peake, yang juga merupakan angkasawan Britain pertama yang terbang ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Dalam sat blog yang disiar pada Khamis, Peake berkata beliau rasa “sangat gembira” tetapi “tidak mempunyai masa untuk memikirkan emosi berkenaan.”

Pekerjaan Peake, 43 tahun, adalah mengangkut satu komponen besar dipanggil unit pemirauan berurutan, terkandung dalam beg putih sebesar satu beg pakaian.

Gambar menunjukkan Tim Peake semasa perjalanan angkasa pertamanya di Stesen Angkasa An-tarabangsa. - Reuters
Gambar menunjukkan Tim Peake semasa perjalanan angkasa pertamanya di Stesen Angkasa An-tarabangsa. – Reuters

Beliau mesti membawa unit itu, yang akan mempunyai berat 200 paun di Bumi, ke hujung kekuda stesen angkasa lepas, kira-kira 200 kaki dari pintu keluar.

Kopra, 52, melaku perjalanan angkasa lepas ketiga dalam kerjayanya, akan membawa alat yang diperlukan untuk memindah unit lama dan menggantinya dengan unit baru.

Kerja-kerja mesti ditetapkan masa dengan tepat yang berlaku serentak dengan waktu malam di stesen angkasa lepas untuk mengelak sebarang percikan daripada arus elektrik yang mungkin kekal dalam peralatan yang menggunakan solar itu.

ISS mengelilingi Bumi setiap 90 minit, dan menghabiskan 31 daripada minit berkenaan dalam gelap. Peluang pertama untuk memulakan pekerjaan waktu malam itu berlaku pada pukul 8:37 pagi, kata pengulas NASA Rob Navias.

Selepas itu, mereka akan menghantar beberapa kabel dan memasang satu salurann dalam ruang sesak yang digambarkan oleh pegawai perjalanan angkasa lepas Paul Dum pada minggu ini sebagai satu ‘tapak kerja yang mencabar.’

Setiap langkah dalam perjalanan angkasa lepas selama enam setengah jam itu telahpun ‘dirancang dengan teliti,” tambah beliau. – AFP