Angkasawan catat rekod dunia di angkasa

Angkasawan catat rekod dunia di angkasa

LONDON, 25 April – Seorang angkasawan British Tim Peake berlari maraton di ruang angkasa dalam masa yang singkat semalam, dengan menggunakan mesin treadmill di Stesen Angkasa Antarabangsa apabila ribuan orang membuat larian semasa acara Maraton London di bumi.

Beliau menyertai peserta larian tersebut serentak di atas kapal stesen angkasa yang berada 400 kilometer dari bumi, dalam keadaan graviti sifar.

Beliau kemudian menghantar satu mesej selepas beliau menamatkan maraton, di mana beliau berkata bahawa beliau telah membuat larian 42 kilometer di Stesen Angkasa Antarabangsa yang telah mengembara hampir 100,000 kilometer.

Peake adalah orang kedua untuk menamatkan maraton di angkasa, selepas angkasawan Amerika Syarikat Sunita Williams berlari dalam Maraton Boston di ISS pada tahun 2007 dengan masa empat jam, 23 minit dan 10 saat.

Tetapi Peake berjaya memecahi rekod marathon terpantas di ruang dengan membuat catatan masa tiga jam, 35 minit dan 21 saat, menurut anggaran yang disiarkan di laman web Agensi Angkasa Eropah. Guinness World Records mengumumkan bahawa ia adalah rekod baru. “Guinness World Records boleh mengesahkan bahawa ESA Astronaut Tim Peake telah mencatat Guinness World Records yang baru bagi larian maraton terpantas di orbit,” kata badan rekod yang ditulis di laman webnya.

Tim Peake membuat larian maraton London dengan menggunakan mesin treadmill di Stesen Angkasa Antarabangsa pada Ahad lalu. – AP
Tim Peake membuat larian maraton London dengan menggunakan mesin treadmill di Stesen Angkasa Antarabangsa pada Ahad lalu. – AP

Peake telah dibantu oleh rejim latihan di atas kapal stesen itu dan iPad menunjukkan imej pergerakan larian beliau. Angkasawan berusia 44 tahun itu adalah seorang daripada lebih 39,000 peserta maraton lain yang berlumba di bumi, yang mana merupakan bilangan terbesar yang pernah dicatatkan semasa larian edisi ke-36 itu. – AFP