Angkasawan selamat berlabuh dengan ISS

Angkasawan selamat berlabuh dengan ISS

BAIKONUR, Kazakhstan, 23 Julai – Angkasawan dari Rusia, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) hari ini berjaya berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa kurang enam jam selepas mereka dilancarkan, televisyen NASA menunjukkan.

Roket Soyuz TMS 17M membawa angkasawan Oleg Kononenko, angkasawan AS Kjell Lindgren dan Kimiya Yui dari Jepun telah berlepas dari tapak pelancaran Rusia Baikonur di kawasan steppe Kazakh pada 2102 GMT.

Selepas berlegar pada kira-kira 350 meter, roket itu bergerak ke tempat pertemuan bersama ISS, pada 10:46 EST.

“Kami mempunyai hubungan,” kata juruhebah NASA, tatkala kapal meluncur naik dia tas pantai Ekuador, 402 kilometer di Pasifik.

Satu kumpulan solar sejenis bekalan tenaga yang memerangkap tenaga dari matahari tidak digunakan tepat pada masanya, namun ia tidak menjejas penerbangan roket memandangkan yang lainnya masih beroperasi, kata agensi angkasa lepas AS.

Roket Soyuz ketika melakukan pelancaran yang kini telah berlabuh dengan kapal angkasa ISS. – Reuters
Roket Soyuz ketika melakukan pelancaran yang kini telah berlabuh dengan kapal angkasa ISS. – Reuters

Ahli sains dan penggemar angkasa lepas di seluruh dunia sedang menyaksikan pelancaran secara dekat dan berasa agak bimbang, memandangkan misi telah ditangguhkan selama dua bulan disebabkan kegagalan roket Rusia.

Rusia pada Mei terpaksa menangguhkan semua perjalanan ke angkasa lepas selepas kapal terbang pengangkut Progress yang membawa kargo ke ISS terhempas semula ke Bumi pada akhir April.

Kapal terbang itu terputus hubungan dengan Bumi dan terbakar di atmosfera. Kegagalan itu, yang dipersalahkan oleh Rusia ke atas satu masalah dalam roket Soyuz, juga memaksa sekumpulan angkasawan menghabiskan satu bulan tambahan dalam kapal ISS. Satu kuda kerja angkasa lepas yang wujud sejak Perang Dingin, Soyuz digunakan untuk mengendali penerbangan.

Sebelum pelancaran, ketiga-tiga angkasawan bertemu dengan angkasawan berusia 81 tahun Alexei Leonov, lelaki pertama yang berjalan di angkasa lepas dan salah seorang komander Apollo-Soyuz.

Menghantar lelaki pertama ke angkasa lepas pada 1961 dan melancarkan satelit sputnik pertama empat tahun lebih awal adalah antara pencapaian utama program angkasa lepas Rusia dan masih merupakan satu sumber utama kebanggaan negara.

Namun dalam tempoh beberapa tahun lalu, Rusia telah mengalami beberapa kegagalan besar, terutamanya kehilangan satelit mahal dan kapal bekalan tanpa juruterbang kepada ISS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA