Anjing PM Israel gigit ahli politik

Anjing PM Israel gigit ahli politik

BAITULMUQADDIS, 10 Dis – Kaiya seekor anjing yang baru dipelihara oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah membenamkan giginya di tempat baru, menggigit dua pengunjung pada acara kelmarin, termasuk suami kepada timbalan menteri luar negeri.

Pada majlis yang menandakan festival Yahudi itu, anjing campuran berusia 10 tahun itu juga sempat menyambar seorang anggota parlimen dari parti Likud Netanyahu.

Anggota Knesset, Sharren Haskel, seorang jururawat haiwan, menyangkal insiden berkenaan, memberitahu Army Radio ia adalah satu perkara yang ‘remeh-temeh’.

Anak lelaki Netanyahu mengambil anjing itu dari sebuah rumah pelindungan awal tahun ini. Perdana Menteri menyiarkan gambar dalam Twitter pada Ogos yang menggesa pencinta haiwan untuk memelihara anjing dewasa dengan mengatakan ‘Anda tidak akan menyesalinya!’.

Kaiya telah menemui beberapa orang kenamaan, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry. Kerry juga dipercayai terselamat daripada mengalami kecederaan. – Reuters