Anjung Saujana perkenalkan bufet istimewa TBC

Anjung Saujana perkenalkan bufet istimewa TBC

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Restoran Anjung Saujana yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas turut tidak ketinggalan memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) dengan memperkenalkan tiga jenis bufet istimewa.

Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, 7 Februari, Anjung Saujana menyajikan Bufet Makan Malam Prosperity bermula jam 7 hingga 10 malam. Manakala itu, pada hari sambutan, Bufet Minum Petang ditawarkan dari jam 2:30 petang hingga 5 petang dengan menyajikan pelbagai hidangan seperti ‘BBQ Chicken Wings’, ‘Breaded Fish & Tartar Sauce’, ‘Chicken Kolo Mee’ dan banyak lagi. Dua pondok juga disediakan bagi hidangan Nyonya Curry Laksa dan Rojak.Selain itu, restoran itu juga memperkenalkan Promosi Thai Chi bermula esok (6 Februari) hingga 27 Februari, bagi sajian dari 7 malam hingga 10 malam.

Antara hidangan menarik untuk promosi ini adalah ‘Grilled Fish with Nam Prik Sauce’, ‘Green Curry Lamb’, ‘Pandan Chicken’,’ Prawn Pad Prik’, ‘Sambal Mussels’, ‘Thai Sticky Rice Mango and Durian Sauce’ yang terkenal, ‘Durian Cream Puff’, ‘Red Ruby in Coconut Milk’ dan banyak lagi.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $100 dalam satu resit juga akan layak mendapat baucar dengan diskaun 10 peratus di Restoran Dynasty. Untuk pemegang kad Dining Privilege, mereka juga akan layak mendapat diskaun tambahan 10 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA