Anjur khatam Al-Quran, memeduli anak yatim

Anjur khatam Al-Quran, memeduli anak yatim

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas (SR OKBI), Subok Kluster 4 tidak ketinggalan mengambil peluang meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan menganjurkan kegiatan keagamaan, Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Kepada Anak-anak Yatim yang berlangsung di dewan sekolah itu, hari ini.

Hadir di majlis berkenaan ialah Guru Besar SR OKBI, Dayang Harifah Khalijah binti Mohammad, Penolong Guru Besar, Dayang Sarimah binti Haji Mina serta Pengerusi Majlis, Awang Mohammad Ali Aruf bin Haji Abdul Rahman, guru kanan kokurikulum dan guru-guru sekolah.

Majlis yang merupakan salah satu projek keagamaan tahunan sekolah berkenaan, dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang telah dipimpin oleh Haji Saifullizan bin Haji Abdullah dan diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh semua guru sekolah.

Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban oleh guru-guru dan pelajar sekolah. Di majlis itu, Dayang Harifah Khalijah turut menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Dayang Harifah Khalijah menyampaikan derma kepada anak yatim.
Dayang Harifah Khalijah menyampaikan derma kepada anak yatim.
Sebahagian pelajar perempuan membaca Dikir Marhaban.
Sebahagian pelajar perempuan membaca Dikir Marhaban.
Haji Saifullizan mengetuai Majlis Khatam Al-Quran.
Haji Saifullizan mengetuai Majlis Khatam Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA