Antalyaspor: Eto’o bukan untuk dijual

Antalyaspor: Eto’o bukan untuk dijual

ISTANBUL, 9 Jan – Bekas penyerang antarabangsa Cameroon, Samuel Eto’o bukan untuk dijual, tegas pengerusi Kelab Antalyaspor dari Turki kelmarin, menamatkan spekulasi selama beberapa bulan mengenai perpindahan dalam Turki atau luar negara.

Spekulasi berterusan yang mengaitkan Eto’o dengan satu perpindahan ke juara Liga Super Besiktas musim lepas telah semakin menjadi-jadi minggu lepas apabila Eto’o dilihat berlatih dengan pasukan Istanbul itu ketika menjalani kem di Antalya.

Sementara itu, terdapatnya juga khabar angin mengenai perpindahan pemain itu ke England, di mana Hull City telah dilaporkan menaruh minat mendapatkan khidmatnya.

Tetapi pengerusi Antalyaspor, Ali Safak Ozturk berkata kelab telah membuat keputusan untuk mengekalkan Eto’o.

“Terdapat banyak khabar angin mengenai perpindahan untuk Eto’o. Kami telah berbincang dengan beberapa orang di bandar kami dan telah membuat keputusan bahawa kami tidak akan menjual ketua pasukan kami, tidak kira apa yang terjadi,” katanya dipetik dari sebuah laman sesawang.

Dalam percakap aneh dengan Eto’o di kelab tersebut, dia bertanya kepada pemain tersebut “Adakah anda suka Antalyaspor” Adakah anda kekal di sini?” Eto’o membalas “Ya,” menurut laman sesawang itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA