Antara bola dan budaya, Tibet ke arah kemodenan

Antara bola dan budaya, Tibet ke arah kemodenan

TIBET – Dikenali sebagai sebuah negara yang selalu mengamalkan budaya dan mengutamakan hal-hal mengenai dengan agama, Tibet terkenal sebagai sebuah negara yang masih mengorak langkah menuju ke arah kemodenan. Agama Buddha masih lagi giat diamalkan di wilayah itu dan situasi perkembangan itu memberikan sedikit kesan terhadap amalan ibadah kebanyakan penduduk mereka. Sebagai sebuah negara yang masih lagi mengamalkan keteguhan dan pegangan agama Buddha yang begitu kuat, Beijing dalam masa yang sama cuba berusaha untuk menanam pelbagai aktiviti dan rancangan dalam perkembangan sosial penduduk tempatan di wilayah tersebut dan salah satunya ialah bola.

Kerajaan China telah mengawal sepenuhnya wilayah Tibet sejak tahun 1950an dan baru-baru ini telah dituduh kerana melakukan penindasan politik dan agama di rantau tersebut terutamanya agama Buddha. Pada tahun 2015, rantau tersebut telah berusaha untuk menikmati beberapa kebebasan yang luas yang sedikit sebanyak memberikan kesan yang besar buat kerajaan China malah usaha Tibet itu telah membawa pertumbuhan ekonomi yang besar khususnya di rantau berkenaan.

Subsidi yang dikenakan di rantau itu telah melonjak naik sebanyak 11.0 peratus pada tahun 2015. Seperti lazimnya, menjelang waktu subuh, para penduduk akan berkumpul di beberapa buah kuil untuk melakukan beberapa tatacara keagamaan sebelum melakukan rutin harian mereka. Menjelang waktu pagi, kebanyakan generasi-generasi muda dan beberapa orang jurulatih mengenakan pelbagai jenis baju sukan dan melakukan beberapa aksi latihan bola sepak berdekatan dengan sebuah kuil yang sibuk dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Manakala, kelihatan seorang pemandu teksi sedang berhenti berhadapan dengan kuil tersebut dan memulakan pekerjaan untuk mencari para penumpang yang memerlukan perkhidmatan beliau. Ketua cawangan utama Buddha dari Tibet yang telah sekian lama menggunakan tinggalan legasi Dalai Lama, sedikit sebanyak menerima kesan yang mendalam terhadap perkembangan itu dan beranggapan bahawa budaya keagamaan mereka sudah dihalangi dengan beberapa aktiviti yang mengarah kepada kemodenan.

Pasukan bola sepak pertama di rantau itu dikenali sebagai Lhasa FC telah mula beroperasi pada tahun 2015 dan diketuai oleh seorang usahawan Tibet yang bertujuan untuk menggalakkan ‘perpaduan’ dengan pihak kerajaan China. – AFP
Pasukan bola sepak pertama di rantau itu dikenali sebagai Lhasa FC telah mula beroperasi pada tahun 2015 dan diketuai oleh seorang usahawan Tibet yang bertujuan untuk menggalakkan ‘perpaduan’ dengan pihak kerajaan China. – AFP

Gerakan pemimpin agama Buddha itu tinggal dalam buangan di bandar Utara India, Dharamsala sejak tahun 1959 selepas beberapa gerakan pemberontakan telah gagal dan beranggapan bahawa Tibet berusaha untuk meraih sebuah negara autonomi bukannya berusaha untuk meraih kemerdekaan daripada pihak kerajaan China. Manakala pihak berkuasa di China tetap mengekalkan tokoh buangan itu sebagai seorang ‘Pemisah’ dalam usaha untuk memisahkan Tibet daripada kerajaan China.

Setelah pihak berkuasa kerajaan China berkuasa kembali terhadap kerajaan Tibet pada tahun 1951, banyak etnik majoriti daripada China, Han Cina iaitu puak majoriti terbesar di negara itu setakat ini telah berpindah ke Lhasa dan kini berusaha membentuk kira-kira separuh daripada penduduk di rantau tersebut membuatkan penduduk asal Tibet semakin menghilang malah kehilangan budaya untuk diteruskan kepada generasi-generasi muda Tibet yang lain.

Agama Buddha masih lagi giat diamalkan di wilayah itu dan situasi perkembangan itu memberikan sedikit kesan terhadap amalan ibadah kebanyakan penduduk mereka. – AFP
Agama Buddha masih lagi giat diamalkan di wilayah itu dan situasi perkembangan itu memberikan sedikit kesan terhadap amalan ibadah kebanyakan penduduk mereka. – AFP
Sebagai sebuah negara yang masih lagi mengamalkan keteguhan dan pegangan agama Buddha yang begitu kuat, Beijing dalam masa yang sama cuba berusaha untuk menanam pelbagai aktiviti dan rancangan dalam perkembangan sosial penduduk tempatan di wilayah tersebut. – AFP
Sebagai sebuah negara yang masih lagi mengamalkan keteguhan dan pegangan agama Buddha yang begitu kuat, Beijing dalam masa yang sama cuba berusaha untuk menanam pelbagai aktiviti dan rancangan dalam perkembangan sosial penduduk tempatan di wilayah tersebut. – AFP

Selera yang berlainan

Pada tahun 2008, satu demonstrasi telah dilakukan oleh para sami-sami Tibet di Lhasa dan telah bertukar kepada satu tragedi yang mengerikan. Perhimpunan itu menjadi satu keganasan maut dan para penunjuk perasaan ini menyasarkan puak suku Han dan Hui serta minoriti kaum Islam di wilayah tersebut. Sementara itu, pihak kerajaan Beijing telah mengehadkan perhimpunan agama dan telah berusaha untuk meningkatkan pelbagai selera aktiviti penduduk di rantau itu untuk bergiat aktif dalam bidang sukan bola sepak.

Pasukan Bola sepak pertama di rantau itu dikenali sebagai Lhasa FC telah mula beroperasi pada tahun 2015 dan diketuai oleh seorang usahawan Tibet yang bertujuan untuk menggalakkan ‘Perpaduan’ dengan pihak kerajaan China. Sebanyak 90 peratus daripada pasukan terbaru itu terdiri daripada etnik penduduk Tibet dan selebihnya ialah 10 peratus dari suku kaum Han Cina.

Perpaduan melalui bidang sukan ini diharap akan dapat membawa perpaduan yang lebih erat dan mempelbagaikan lagi pasukan daripada pelbagai daerah dan wilayah untuk bersaing dalam satu liga di bawah satu negara dan usaha pihak kerajaan China ini membuatkan Tibet lebih bersepadu lagi dengan pihak kerajaan China untuk perkembangan di antara kedua-dua rantau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA