Anti-Houthi rampas sempadan Saudi

Anti-Houthi rampas sempadan Saudi

SANAA, 24 Jun (Reuters) – Pasukan tentera yang setia kepada presiden Yaman yang kini hidup dalam buangan telah merampas kawasan penyeberangan sempadan dengan Arab Saudi kelmarin, menurut para pegawai di kawasan itu dan saksi-saksi, yang memberi tamparan hebat luar biasa kepada kumpulan dominan di negara itu, iaitu kumpulan Houthi.

Houthi dan sekutunya dalam tentera Yaman mengawal tiga penyeberangan lain dengan negara beraja itu, yang telah membawa kepada gabungan anti Houthi dalam kempen pengeboman tiga bulan ke atas kumpulan itu untuk mengembalikan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi kepada pucuk pimpinan.

Saksi-saksi melaporkan bahawa beribu-ribu penduduk Yaman berhimpun di sana untuk lari meninggalkan negara itu, selepas penyeberangan Wadee’ah di wilayah timur Hadramawt bertukar tangan di tengah pertempuran sengit.

Pertempuran antara pasukan Saudi dan Houthi telah menutup semua tempat kemasukan ke negara jiran yang kaya dengan hasil minyak dan satu sempadan telah musnah dalam kejadian berbalas-balas tembakan.

Sekatan laut dan pelabuhan Yaman oleh pasukan bersekutu Arab telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang mana makanan, minyak dan ubat-ubatan adalah sukar didapati. Lebih 20 juta rakyat Yaman iaitu 80 peratus penduduk perlukan bantuan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rumah-rumah yang hancur akibat serangan udara Arab Saudi di Sanaa, Yaman. – Reuters
Rumah-rumah yang hancur akibat serangan udara Arab Saudi di Sanaa, Yaman. – Reuters

Arab Saudi dan sekutunya, pasukan Islam Sunni bimbang Houthi adalah proksi Iran Syiah di Semenanjung Arab dalam dakwaan yang dinafikan oleh kumpulan itu dan Tehran.

Houthis berkata perampasan mereka ke atas bandar itu, Sanaa dalam bulan September dan sebaran mereka di seluruh negara itu, berdepan dengan tentangan keras para pejuang tempatan, adalah revolusi terhadap kerajaan korup Hadi dan militan Sunni.

Saba, agensi berita kerajaan yang dikendali Houthis, memetik seorang pegawai tentera sebagai berkata kawasan sempadan telah dirampas oleh ‘sekumpulan lelaki bersenjata, militan al-Qaeda dan askar upahan.”