Anti-junta didakwa langgar tegahan berhimpun

Anti-junta didakwa langgar tegahan berhimpun

BANGKOK, 2 Ogos – Seramai 19 ketua-ketua pergerakan ‘Baju Merah’ prodemokrasi Thailand telah didakwa hari ini kerana mencabul tegahan perhimpunan politik, ketika junta mengawal ketat sebelum referendum minggu depan.

Rakyat Thai akan memutuskan pada Ahad sama ada untuk menerima draf perlembagaan baru tentera dalam undian pertama sejak jeneral-jeneral menggulingkan kerajaan yang dipilih pada 2014.

Pihak tentera berkata piagamnya – yang ke-20 negara – akan mengekang rasuah politik dan membawa lebih banyak kestabilan selepas sedekad kekacauan.

Namun pengkritik berkata dokumen itu adalah satu percubaan tidak malu untuk melanjutkan pegangan tentera ke atas kuasa.

Akar umbi gerakan Baju Merah adalah setia kepada kerajaan Yingluck Shinawatra dan abangnya Thaksin yang disingkirkan dan sangat menentang junta.

Ketua-ketua gerakan ‘Baju Merah’ prodemokrasi Thailand tiba untuk melaporkan diri ke balai polis di Bangkok pada 2 Ogos. – AFP
Ketua-ketua gerakan ‘Baju Merah’ prodemokrasi Thailand tiba untuk melaporkan diri ke balai polis di Bangkok pada 2 Ogos. – AFP

Hari ini, 19 ketua Baju Merah telah didakwa di sebuah balai polis Bangkok atas kesalahan mencabul tegahan perhimpunan politik dengan lebih daripada lima orang.

“Mereka semua didakwa atas satu kesalahan mencabul perintah,” kata seorang peguam bagi pergerakan itu, Winyat Chatmoontree memberitahu AFP.

Dakwaan itu disusuli dengan satu percubaan untuk membuka pusat pemantau referendum yang ditutup serta-merta oleh pihak berkuasa.

Kumpulan itu telah dibebaskan sebelum dibicarakan, katanya, menambah bahawa mereka akan berdepan hukuman penjara setahun jika disabit bersalah. – AFP