Anti-Trump mengintegrasikan pendatang di Itali

ITALI – Sebagai salah satu tentangan terhadap perintah arahan yang telah dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap larangan kemasukan pelarian dan warga dari tujuh buah negara minoriti beragama Islam, Itali secara senyap melakukan beberapa eksperimen dengan projek integrasi untuk memperbaiki kehidupan para pelarian dan juga penduduk-penduduk tempatan.

Kelihatan salji turun dengan begitu lebat di wilayah Belluno iaitu sebuah bandar di Dolomites namun sekumpulan anak-anak muda dari Afrika menyanyi riang di kawasan berek tentera dan memperlihatkan satu kebudayaan baru buat mereka.

“Ini adalah kali pertama saya melihat salji dan saya sangat menyukai projek ini,” kata Nawaz Tashawar yang berusia 35 tahun dari Pakistan kepada wartawan AFP.

Kebanyakan pendatang yang berkumpul di kawasan itu terdiri daripada Cameroon, Ivory Coast, Niger, Nigeria dan juga Senegal. Pendatang ini telah dihantar ke kawasan perindustrian tersebut yang terdiri daripada 35,000 penduduk dan berhampiran dengan Venice. Kebanyakan mereka mengambil peluang dengan bekerja sebagai buruh di taman-taman, dapur dan juga di sekolah.

Pihak kerajaan telah menyaksikan dan telah mengumumkan satu rangka projek baru-baru ini di seluruh negara dan mewajibkan para penduduk untuk menjadi ‘penjaga’ mereka dan mengarahkan mereka untuk bekerja secara sukarelawan, jika keputusan telah diraih oleh pihak kerajaan.

m2 Trump - 4_150217

Datuk Bandar, Jacopo Massaro ketika bersama dengan media. – AFP
Datuk Bandar, Jacopo Massaro ketika bersama dengan media. – AFP

“Kami sentiasa berada di rumah dan melakukan apa-apa yang patut, kerja kami hanya makan dan tidur. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk bersama-sama memajukan bandar dan bergerak untuk kepentingan masa depan kami,” kata Paul Adjei dari Ivory Coast kepada wartawan AFP.

Persoalan kini, apa yang perlu dilakukan kepada beribu-ribu pelarian yang telah tiba di Itali setiap tahun yang sedikit sebanyak menimbulkan situasi pergolakan.

Dianggarkan sekitar 175,000 pelarian yang memohon perlindungan berada di pusat penerimaan kerana mereka sedang menunggu permohonan mereka untuk diproses namun permohonan mereka memakan masa sehingga dua tahun untuk diproses.

“Kebanyakan pendatang tidak tahan jika tidak melakukan apa-apa pekerjaan. Oleh itu, untuk menjadikan diri mereka bermanfaat kepada masyarakat, mereka dibenarkan untuk bekerja dan berbakti kepada komuniti tempatan dan membaik pulih keadaan psikologi mereka yang menempuhi satu perjalanan yang duka,” kata Carlotta Sami, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian (UNHCR) kepada wartawan AFP.

Pelarian di Itali dibenarkan untuk memulakan pekerjaan selama dua bulan selepas mereka membuat permohonan untuk perlindungan di negara itu namun sebenarnya sumber pekerjaan amat tipis buat mereka di negara itu.

Perlu melabur

Pihak kerajaan Itali telah berjanji bagi mempercepatkan lagi penghantaran balik bagi para pendatang yang tidak dibenarkan untuk tinggal di negara itu namun usaha itu menimbulkan satu kesukaran kerana situasi itu meliputi banyak negara.

Namun pihak kerajaan Itali memberikan amaran kepada rantau-rantaunya untuk berhati-hati kerana sesetengah pendatang boleh merebak di keseluruhan wilayah Itali dan berupaya untuk mengecam potensi sumber wilayah tersebut malah perkara ini sudah ditekankan oleh beberapa datuk bandar kepada pihak kerajaan.

Namun bagi wilayah Belluno, datuk bandar di kawasan itu tidak mengadu kepada pihak kerajaan dengan situasi itu malah dianggarkan sekitar 100 pendatang telah bekerja dengan mecat dinding pagar di kawasan bandar raya dan pagar sekolah. Manakala, selebihnya bekerja dengan memotong rumput di taman-taman pengawasan pihak kerajaan dan persatuan tempatan.

Projek yang dilancarkan pada tahun 2004 itu adalah berdasarkan kepada idea bahawa autonomi boleh memudahkan integrasi yang berkekalan. – AFP
Projek yang dilancarkan pada tahun 2004 itu adalah berdasarkan kepada idea bahawa autonomi boleh memudahkan integrasi yang berkekalan. – AFP
Dianggarkan sekitar 175,000 pelarian yang memohon perlindungan di Itali. – AFP
Dianggarkan sekitar 175,000 pelarian yang memohon perlindungan di Itali. – AFP

Projek yang dilancarkan pada tahun 2004 itu adalah berdasarkan kepada satu idea bahawa autonomi boleh memudahkan integrasi yang berkekalan.

Daripada terus memeriksa dan memaksa para pendatang yang hidup di khemah-khemah, sebaiknya mereka harus diberikan pangsapuri kecil untuk hidup untuk keselesaan mereka untuk memasak dan juga untuk membeli-belah.

Datuk Bandar, Jacopo Massaro tertawa melihat cadangan itu kerana ia adalah seperti satu gerakan anititesis Trump dan penyokong lain untuk membina tembok untuk mengarahkan pendatang keluar.

“Saya tidak berasa seperti anti Trum, Tidak, Kami hanya menyedari kesukaran Itali dan benua Eropah yang dialami ketika ini, kita semua perlu melabur sedikit untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar daripada kami,” tambah Jacopo lagi kepada wartawan AFP.

Satu tangan untuk membantu

Pergerakan pendatang ke Itali telah melalui sekitar pantai utara Afrika dan menuju ke Itali malah dianggarkan sekitar 170,000 pada tahun 2014 dan bilangan itu menurun kepada 150,000 pada tahun 2015 namun bilangan itu semakin meningkat kepada 181,000 pada tahun lepas.

Apa yang pasti usaha Itali untuk menerima pendatang ini memberikan kesan yang mendalam kepada sesetengah penduduk tempatan dan beranggapan bahawa Itali perlu menyelesaikan terlebih dahulu isu pengangguran di negara tersebut.

Isu pengangguran belia di Itali dianggarkan sebanyak 40 peratus sehingga bulan Disember tahun lepas dan Massaro mengatakan bahawa pendatang telah melakukan banyak pekerjaan yang mana sebenarnya tidak mampu dibayar oleh pihak perbandaran. “Kami tidak mengambil mana-mana pekerjaan daripada individu namun kami juga tidak mempunyai apa-apa di dalam poket, oleh itu, kami memerlukan pekerjaan,” tambah Adjei lagi kepada wartawan mengakhiri temu ramah. – AFP