Antologi kisa...

Antologi kisah seram

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

SEBUAH rumah, lima penunggu dan lima kisah yang mampu meremangkan bulu roma pembaca. Five Stories High adalah sebuah buku antologi cerpen yang dihimpunkan oleh Jonathan Oliver sebagai ketua penyunting, mengisahkan tentang sebuah rumah yang sama, Irongrove Lodge.

Karya-karyanya bergenre seram moden namun menerapkan unsur klasik, sebuah rumah yang berpenunggu.

Irongrove Lodge adalah sebuah rumah agam lima tingkat, yang dahulunya sebuah kediaman yang gah, kini telah dibahagikan kepada lima buah apartmen. Ia adalah sebuah bangunan yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Bongkahan batanya dan halaman tempat terdirinya bangunan itu meninggalkan kisah tentang orang-orang yang pernah berjalan di koridornya dan menghuni kamar-kamarnya.

Buku ini akan menampilkan lima buah cerpen daripada lima orang penulis yang hebat, terdiri daripada Sarah Lotz, JK Parker, Nina Allan, Rober Shearman dan Tade Thompson, yang menjanjikan pembaca kisah-kisah menarik dan menakutkan.

Five Stories High setentunya adalah sebuah buku yang tidak dapat dilepaskan oleh peminat-peminat genre seram, khususnya peminat yang menginginkan kisah seram pendek.

Jika anda adalah salah seorang daripadanya, jangan lupa untuk mendapatkan buku antologi ini segera.