Anugerah insentif kejayaan

Anugerah insentif kejayaan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Kementerian Pendidikan hari ini menghargai dan mengiktiraf sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian dan peningkatan signifikan dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2015 melalui Majlis Penyampaian Anugerah Insentif PSR 2015 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Anugerah merupakan motivasi kepada sekolah-sekolah rendah kerajaan di seluruh negara agar mereka lebih bersemangat untuk meraih kejayaan yang lebih baik, khususnya dalam PSR akan datang.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan anugerah ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar yang juga berkesudian menyampaikan sijil-sijil kepada sekolah-sekolah yang menerima anugerah.

Antara sekolah-sekolah yang menerima anugerah bagi Kategori 1 ialah Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh Sungai Hanching yang menerima insentif wang tunai berjumlah $5,000, manakala Sekolah Rendah Mabohai, Sekolah Rendah Muda Hashim, Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah, Sekolah Rendah Kuala Belait, Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai dan Sekolah Rendah Keriam yang masing-masing menerima insentif wang tunai berjumlah $3,000.

Menteri Pendidikan menyampaikan cek Anugerah Insentif Penilaian Sekolah Rendah kepada Guru Besar Sekolah Rendah Haji Mohammad Salleh, Sungai Hanching.
Menteri Pendidikan menyampaikan cek Anugerah Insentif Penilaian Sekolah Rendah kepada Guru Besar Sekolah Rendah Haji Mohammad Salleh, Sungai Hanching.
Menteri Pendidikan menyampaikan cek Anugerah Insentif Penilaian Sekolah Rendah Kumpulan 2 kepada Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong.
Menteri Pendidikan menyampaikan cek Anugerah Insentif Penilaian Sekolah Rendah Kumpulan 2 kepada Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong.
Menteri Pendidikan menyampaikan cek Anugerah Insentif Penilaian Sekolah Rendah Kumpulan 2 kepada Sekolah Rendah Mabohai.
Menteri Pendidikan menyampaikan cek Anugerah Insentif Penilaian Sekolah Rendah Kumpulan 2 kepada Sekolah Rendah Mabohai.

Manakala Sekolah Rendah Bendahara Lama, Sekolah Rendah Bukit Udal, Sekolah Rendah Rambai, Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota, Sekolah Rendah Penapar, Sekolah Rendah HMJM Kiulap, Sekolah Rendah Birau, Sekolah Rendah Panchor Murai, Sekolah Rendah Bukit Panggal dan Sekolah Rendah Puni masing-masing menerima insentif wang tunai berjumlah $2,000.

Bagi sekolah yang menerima insentif wang tunai berjumlah $1,000 pula ialah Sekolah Rendah Piasau-Piasau, Sekolah Rendah Benutan, Sekolah Rendah Lubok Pulau, Sekolah Rendah Labu Estate, Sekolah Rendah Merangking, Sekolah Rendah Abd Rashid Tanjong Maya, Sekolah Rendah Batang Mitus, sekolah Rendah Sungai Teraban, Sekolah Rendah Bakiau, Sekolah Rendah Kasat dan Sekolah Rendah Selapon.

Sementara bagi Kategori 2, penerimanya terdiri daripada Sekolah Rendah Penaga, Sekolah Rendah PDN PJ Sengkarai, Sekolah Rendah HMJM, Kiulap, Sekolah Sungai Teraban yang masing-masing menerima insentif wang tunai berjumlah $3,000.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras). Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Ketua Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abd Rahim bin Derus, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA