Anzalna meriahkan Festival Eid Mubarak

Anzalna meriahkan Festival Eid Mubarak

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Kehadiran seorang artis Malaysia, Anzalna nyata telah berjaya memeriahkan lagi suasana Festival Eid Mubarak, yang berlangsung di Tingkat 7, Hotel Centrepoint, Gadong, semalam.

Kehadiran Anzalna bersama suaminya telahpun mendapat sambutan hangat daripada pe-minat-peminatnya yang berada di Brunei di samping mempromosikan Anzal Scarf yang dikenali ramai.

Menurut Pengasas Bersama HZH Event Manangement, Pengiran Hafizah binti Pengiran Manshor, acara Festival Eid Mubarak diadakan bagi membolehkan pengusaha-pengusaha tempatan mempromosikan dan mempamerkan rekaan fesyen Muslimah.

Ia juga bagi menggalakkan pengusaha-pengusaha tempatan berinteraksi dan bertukar pandangan bersama pengusaha-pengusaha luar negara.

Lebih 20 petak jualan terdiri daripada peniaga tempatan dan antarabangsa telah menyertai festival empat hari yang berakhir hari ini.

Orang ramai dan pengunjung Festival Eid Mubarak berkesempatan mengambil gambar bersama Anzalna.
Orang ramai dan pengunjung Festival Eid Mubarak berkesempatan mengambil gambar bersama Anzalna.

ARTIKEL YANG SAMA