Apa dah jadi dengan De Gea – LVG

Apa dah jadi dengan De Gea – LVG

CHICAGO, 30 Julai (AFP) – Pengurus Manchester United Louis van Gaal mengakui ketidaktentuan David De Gea ‘bukan sesuatu yang bagus’ ketika gergasi Liga Perdana itu mengakhiri jelajah AS semalam dengan kekalahan 2-0 kepada Paris Saint-Germain.

De Gea, yang dilaporkan sebagai sasaran utama perpindahan musim panas Real Madrid, mempamerkan aksi goyah ketika juara Perancis merobek pertahanan United dengan gol separuh masa pertama Blaise Matuidi dan Zlatan Ibrahimovic.

Van Gaal berharap United akan mengekalkan khidmat De Gea musim ini tetapi mengakui khabar angin penjaga gol bintang itu tidak membantu sama ada permainan atau kelab.

“Kami dalam situasi yang tidak berapa bagus untuk David De Gea, baik untuk kami mahu pun kelab (Real Madrid) yang mungkin disertainya,” kata van Gaal selepas kekalahan United di Soldier Field.

Veteran jurulatih Belanda enggan terlalu kritikal terhadap prestasi pemain Sepanyol itu namun berkata: “Malangnya saya tidak boleh mengata tetapi dia melakukan kesilapan. Itu bukan hambar,” kata van Gaal. “Semua orang boleh membuat kesilapan tetapi apabila penjaga gol membuat kesilapan, ia satu jaringan dan itulah perbezaannya.”

Walaupun tewas, van Gaal berkata beliau gembira dengan prestasi United kerana mereka semakin berkembang sebelum aksi pembukaan menentang Tottenham 8 Ogos nanti.

“Saya benar-benar berpuas hati dengan prestasi. Anda tewas, mungkin itu juga bagus kerana tahun lepas kami memenangi segalanya di AS, kemudian kami tewas aksi pertama menentang Swansea,” kata van Gaal.

“Mungkin sekarang urutannya agak berbeza tetapi saya tidak taksub. Saya rasa separuh pertama kami mencipta lebih banyak peluang berbanding PSG dan mereka telah mencipta peluang hanya dengan kesilapan peribadi dan anda tidak dapat menentang ralat peribadi.

“Apabila anda bermain dengan tahap tertinggi dan PSG juga pada peringkat tertinggi, maka mereka boleh menjaringkan gol daripada pelbagai kesilapan dan mereka dapat menyudahkan permainan.

Satu pasukan teratas boleh berbuat demikian. Chelsea boleh melakukannya, PSG pun mampu berbuat demikian,” tambah Van Gaal.

ARTIKEL YANG SAMA