APEC Lima gariskan keutamaan terhadap keraguan globalisasi

APEC Lima gariskan keutamaan terhadap keraguan globalisasi

LIMA, 17 Nov – Dengan pemimpin 21 anggota ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka berkumpul di Lima, Peru pada hujung minggu, satu agenda dasar terperinci yang telah dibentangkan sebelum ketibaan mereka.

Mesyuarat itu bertujuan menambah peluang ekonomi untuk mereka yang telah menerima sedikit faedah daripada pasaran bersepadu, terbuka sebelum ini, dan mempertingkat kadar pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup untuk 3 bilion penduduk di sebuah rantau yang menyumbang kepada 49 peratus daripada jumlah perniagaan dunia dan 57 peratus daripada KDNK global. Ia juga mesti bersaing dengan pendapat negatif yang semakin meningkat mengenai globalisasi.

Luis Quesada, pengerusi Pegawai Kanan APEC 2016, semalam membutirkan dasar utama yang akan dibincangkan oleh menteri-menteri pada 17-18 November dan pemimpin ekonomi pada hujung minggu.

Dasar pertama adalah pelaburan dalam sumber manusia untuk memupuk tenaga kerja yang sesuai untuk abad ke-21, terutamanya dari segi inovasi dan teknologi baru, menurut Quesada. Rundingan pada awal minggu ini menggaris sokongan untuk kakitangan yang lebih produktif menerusi pembaharuan pendidikan, latihan kerjaya dan mempertingkat perkembangan kemahiran.

Pegawai kanan tempatan Peru bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Raul Salazar (kanan) dan Luis Quesada menghadiri sidang akhbar bagi Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2016 di Dewan Los Incas, Pusat Media Antarabangsa (IMC) di Lima, ibu negara Peru, kelmarin. - Xinhua
Pegawai kanan tempatan Peru bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Raul Salazar (kanan) dan Luis Quesada menghadiri sidang akhbar bagi Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2016 di Dewan Los Incas, Pusat Media Antarabangsa (IMC) di Lima, ibu negara Peru, kelmarin. – Xinhua

Dasar utama kedua membabitkan pemodenan perusahaan saiz kecil dan sederhana (SMEs), yang dialu-alu oleh APEC sebagai tunggak ekonomi maju dan membangun, serta integrasi mereka dalam rangkaian nilai global.

Quesada memaparkan pencapaian yang dicatat oleh negara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) berhubung dengan SMEs, mengalu-alu mereka sebagai satu contoh untuk APEC. SMEs menyumbang kepada lebih 97 peratus daripada jumlah firma dan kebanyakan pekerjaan di rantau. Yang ketiga adalah jaminan makanan dan kemudahan mendapatkan air, satu bidang di mana Quesada mengakui lebih banyak usaha perlu dilakukan.

Menurut beliau, APEC masih belum mencatat kemajuan yang sama dalam membatal tarif untuk makanan dan produk pertanian seperti yang dilakukannya untuk pengeluaran. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA