APEC, TPPA punyai agenda berasingan

APEC, TPPA punyai agenda berasingan

pg18_151106_d

BANGKOK, 5 Nov (Bernama) – Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai agenda berasingan, kata Timbalan Penolong Setiausaha Negara dan Pegawai Kanan AS bagi APEC, Matt Matthews (gambar).

“Agenda APEC berasingan. TPPA ialah kumpulan rundingan ekonomi berasingan. Mereka semua anggota APEC, tetapi ia dilakukan berasingan,” katanya.

Matthews berkata demikian semasa taklimat pada 2 Nov di Foreign Press Centre di Washington mengenai mesyuarat dan sidang kemuncak pemimpin-pemimpin APEC di Manila pada 16-19 Nov ini.

Transkrip taklimat tersebut disediakan hari ini. Beliau berkata agenda APEC bukan berasaskan kepada apa yang berlaku dalam rundingan TPPA.

“Agenda APEC sentiasa digerakkan kepada proses liberalisasi perdagangan. Kami menyambut baik kejayaan memuktamadkan TPPA, tetapi ia tidak memberi kesan langsung kepada proses perbincangan APEC,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA