Aplikasi Alipay memudahkan aktiviti membeli-belah

Aplikasi Alipay memudahkan aktiviti membeli-belah

PARIS – Pusat membeli-belah utama di Perancis, Printemps telah melancarkan perkhidmatan Alipay yang merupakan perkhidmatan pembayaran terbesar di China baru-baru ini sekaligus menjadikan ia sebagai pusat membeli-belah pertama di negara itu yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Aplikasi Alipay membolehkan para pengguna untuk membeli barang dengan cepat dan mudah hanya melalui cara transaksi wang berserta dengan kod QR yang dihasilkan dari telefon pintar.

Mempunyai 450 juta pengguna di China, perkhidmatan tersebut memang tidak asing dalam kalangan pelancong dari China ke Perancis yang telah menyebabkan Printemps bertindak untuk mengadaptasi sistem pembayaran terbaru itu bagi memudahkan para pelanggan yang berasal dari China.

“Pelancong dari China merupakan antara pengunjung utama di pusat membeli-belah ini dan pihak kami telah berusaha untuk membangunkan pelbagai perkhidmatan khusus bagi mengalu-alukan kedatangan mereka malah kami juga berasa gembira kerana dapat menawarkan perkhidmatan eksklusif tersebut di Perancis,” jelas Annalisa Loustau, ketua pegawai perhubungan dan pemasaran di Printemps.

Pusat membeli-belah tersebut telah memuatkan peraturan Alipay ke sistem pengurusan pusat dan telah memaklumkan bahawa khidmat tersebut bakal dipraktikkan di 18 buah cawangan kedainya menjelang hujung tahun ini.

Pusat membeli-belah, Printemps telah memperkenalkan sistem pembayaran Alipay bagi memudahkan pelanggan.
Pusat membeli-belah, Printemps telah memperkenalkan sistem pembayaran Alipay bagi memudahkan pelanggan.
Aplikasi Alipay merupakan platform pembayaran online yang dilancarkan pada tahun 2004 oleh Alibaba Group dan pengasasnya Jack Ma.
Aplikasi Alipay merupakan platform pembayaran online yang dilancarkan pada tahun 2004 oleh Alibaba Group dan pengasasnya Jack Ma.

Zhu, seorang pelanggan yang berasal dari China dan bermastautin di Perancis sejak dua tahun lalu menjelaskan kepada Xinhua bahawa kebanyakan pembayaran yang dilakukannya di Perancis adalah dengan menggunakan kad kredit namun perkhidmatan tersebut jelas tidak semudah pembayaran yang dapat dilakukan hanya dengan menggunakan aplikasi telefon pintar sebagaimana yang biasa beliau lakukan ketika berada di China.

“Saya sudah terbiasa untuk membuat sebarang pembayaran mudah alih hanya melalui aplikasi telefon pintar di China dan kini setentunya saya berasa gembira apabila sistem tersebut mula dikenalkan di Perancis malah saya juga percaya bahawa kebanyakan kawan-kawan saya yang berasal dari China turut menyukai perkembangan terbaru ini,” jelas Zhu.

Sejak peristiwa serangan pengganas yang berlaku di Paris pada tahun lalu, secara tidak langsung kadar sektor pelancongan di Perancis juga memperlihatkan jumlah penurunan yang cukup ketara.

Menurut laporan media Perancis, negara tersebut seolah memperlihatkan penu-runan jumlah pelancong asing sebanyak 80 peratus sejak Januari lalu dan jumlah pelancong dari China juga menurun sebanyak 23 peratus.

Sistem pembayaran Alipay setentunya dapat memudahkan kehidupan para pelanggan tanpa perlu untuk beratur panjang.
Sistem pembayaran Alipay setentunya dapat memudahkan kehidupan para pelanggan tanpa perlu untuk beratur panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Printemps, Pierre Pelarrey turut menjelaskan bahawa pelancong asing mewakili 40 peratus daripada jumlah pelanggan yang berbelanja di kedai itu.

Menyedari akan impak daripada serangan yang berlaku pada tahun lalu, rangkaian perniagaan tersebut harus bijak dalam mengambil langkah bagi memastikan aspek keselamatan dan dapat memberikan orientasi perkhidmatan yang lebih baik.

“Pelanggan dari China memang cukup penting dan pihak kami sentiasa memastikan bahawa apa yang mereka impikan di Paris haruslah menandingi sebagaimana perkhidmatan yang ditawarkan di China,” jelas Pelarrey.

Alipay merupakan platform pembayaran online yang dilancarkan pada tahun 2004 oleh Alibaba Group dan pengasasnya Jack Ma.

Aplikasi tersebut jelas memberikan kemudahan dalam kehidupan rakyat China apabila ia dengan mudah dapat digunakan bagi tujuan pembayaran di kedai, pembelian secara online malah turut diaplikasikan kepada beberapa perkhidmatan lain seperti teksi dan restoran. –Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA