Aplikasi AMBD apps dilancarkan

Aplikasi AMBD apps dilancarkan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat, kaedah baru atau menggunakan kecanggihan teknologi terkini juga perlu diberikan perhatian.

Dengan jumlah penduduk negara yang semakin ramai mempunyai akses kepada peranti pintar atau telefon bimbit pintar, pengenalan aplikasi telefon pintar AMBD, merupakan salah satu langkah bijak untuk memberikan akses kepada maklumat dan berita mengenai AMBD termasuk juga penipuan kewangan.

Aplikasi AMBD App dilancarkan secara rasmi pada Hari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) 2015 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman dalam sembah alu-aluannya di majlis berkenaan menjelaskan bahawa pengenalan aplikasi telefon pintar itu kepada orang ramai, yang boleh dimuat turun secara percuma, merupakan salah satu kaedah untuk mempertingkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap peranan AMBD.

Aplikasi, AMBD App, yang kini boleh dimuat turun dengan percuma ke peranti pintar yang memberikan maklumat mengenai dengan AMBD, institusi kewangan yang berlesen serta juga keterangan berkaitan dengan penipuan kewangan.
Aplikasi, AMBD App, yang kini boleh dimuat turun dengan percuma ke peranti pintar yang memberikan maklumat mengenai dengan AMBD, institusi kewangan yang berlesen serta juga keterangan berkaitan dengan penipuan kewangan.

Aplikasi itu, jelasnya lagi, akan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan berita dan maklumat berhubung AMBD, maklumat mengenai institusi-institusi kewangan yang berlesen dan juga keterangan berkaitan penipuan kewangan.

“Maklumat ini adalah penting sesuai dengan arus pemodenan teknologi maklumat masa kini, di mana pelaburan tanpa lesen berleluasa dipromosikan melalui laman sosial media dan pesanan ringkas (SMS dan WhatsApp),” tekan beliau.

ARTIKEL YANG SAMA