Aplikasi buat peminat CBTL

Aplikasi buat peminat CBTL

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Coffebean & Teal Leaf (CBTL) telah memperkenalkan aplikasi mudah alih bagi para penggemar CBTL di negara ini dinamakan ‘Coffeebean Brunei’, yang telah dilancarkan pada satu majlis di cawangannya di Beribi, hari ini.

Aplikasi ini berfungsi sebagai majalah yang memberikan maklumat terkini mengenai gaya hidup sosial masyarakat Brunei dengan pelbagai pilihan daripada trend, makanan hingga hiburan yang dihasilkan oleh pemaju dari Syarikat Hive Digital, Syamil Feroz.

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan maklumat-maklumat terkini merangkumi waktu tayangan pawagam, jadual penerbangan, trend terkini dan kalendar sosial yang diperoleh daripada sumber-sumber tempatan dalam Bahasa Inggeris.

Sempena pelancaran ini, pelanggan yang mendaftar dan mengaktifkan aplikasi mereka bermula hari ini hingga 2 Oktober akan menerima sembilan cap bagi kupon minuman percuma.

Untuk mengaktifkannya, pelanggan hanya perlu menunjukkannya kepada kakitangan mana-mana cawangan CBTL.

Syamil Feroz selaku pencipta aplikasi menjelaskan kebaikan menggunakan aplikasi tersebut.
Syamil Feroz selaku pencipta aplikasi menjelaskan kebaikan menggunakan aplikasi tersebut.