Aplikasi sosial disekat

Aplikasi sosial disekat

BEIJING, 11 Nov (AFP) – Google, Facebook dan Twitter semuanya diharamkan di China, tetapi eksekutif kanan syarikat gergasi Internet itu semakin kerap mengunjungi Beijing tatkala mereka berusaha mencari peluang dan keuntungan daripada ekonomi kedua terbesar di dunia itu, meskipun kebimbangan mengenai penapisan.

Google menghentikan kebanyakan operasinya di China pada 2010 selepas kontroversi mengenai kawalan Internet negara dan satu serangan ke atas pengguna perkhidmatan Gmail.

Namun Eric Schmidt, bekas CEO dan kini presiden syarikat induk barunya Alphabet, berada di Beijing pada minggu lalu mengumumkan: “Kami tidak pernah meninggalkan China.”

Google telah mengekal 500 pekerja di Beijing dan Shanghai, terutamanya menjual iklan kepada syarikat China. Pihak berkuasa Komunis di negara itu mengenakan had ke atas penggunaan Internet, bergelar Great Firewall China, dan menjalankan penapisan dalam bidang siber mereka.

ARTIKEL YANG SAMA