Aplikasi Weekend Warrior dilancar

Aplikasi Weekend Warrior dilancar

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Aplikasi Weekend Warrior dilancarkan semalam sebagai platform memudahcara membuat tempahan tempat bermain Futsal bagi peminat tegar sukan berkenaan yang sememangnya sukar mendapatkan tempat bagi menjalankan sukan berkenaan di negara ini.

Hadir merasmikan aplikasi keluaran Respin Alpha itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz bin Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Abdul Razaaq yang berlangsung di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas .

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Respin Alpha, Faezal Murni sebelum majlis diteruskan dengan perlawanan persahabatan antara pasukan tempatan dan pasukan selebriti yang turut disertai oleh tetamu kehormat majlis.

YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz (tengah) dan YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Razaaq (dua kiri) bergambar ramai bersama Faezal Murni (kiri) dan Simon Soo (kanan).
YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Haffiz (tengah) dan YAM Pengiran Anak Muhammad Abdul Razaaq (dua kiri) bergambar ramai bersama Faezal Murni (kiri) dan Simon Soo (kanan).

Menurut Faezal Murni, pemain hanya perlu memuat turun aplikasi berkenaan dan memilih waktu yang dimahukan dan menyertai mana-mana pasukan yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Para pemain akan dimasukkan kedalam sesebuah pasukan secara automatik dan setiap permainan akan direkodkan termasuk jaringan, jadual pasukan dan juga peluang meraih piala dan pingat yang boleh diterima oleh pemain individu dan berpasukan.

ARTIKEL YANG SAMA