APMM sahkan bot hilang dilaporkan karam – APMM

APMM sahkan bot hilang dilaporkan karam – APMM

KUDAT, 8 Mei (Bernama) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan bot dinaiki empat individu termasuk dua pelancong Sepanyol yang dilaporkan hilang semasa balik dari Pulau Balambangan lewat Isnin lalu, telah karam.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata ini berdasarkan petunjuk bahawa bot itu telah ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada 10 pagi ini dan pengesahan satu daripada enjin bot oleh adik pemilik bot itu.

“Bot dengan dua enjin itu didapati tersangkut pada jaring seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Amir di kira-kira 2.8 batu nautika di utara Tanjung Simpang Mengayau,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata berikutan maklumat itu, APMM menghantar aset ke lokasi berkenaan dan menemukan satu unit enjin jenama Yamaha 3 kuasa kuda manakala satu lagi enjin 30 kuasa kuda masih berada di dalam air kerana nelayan berkenaan tidak dapat mengangkatnya kerana terlalu berat.

“Adik pemilik bot (Tommy Lam Wai Yin) iaitu Alen Lam telah mengesahkan daripada diskripsi pada enjin dan tanda-tanda yang ada bahawa ia adalah enjin bot abangnya,” katanya.