APMM Sarawak nafi turun Jalur Gemilang

APMM Sarawak nafi turun Jalur Gemilang

KUCHING, 9 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak hari ini menafikan dakwaan ia diarah menurunkan Jalur Gemilang di Beting Patinggi Ali atau Luconia Shoals yang terletak 84 batu nautika dari pantai Miri.

Ketua Penguat kuasa Maritim Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata APMM Sarawak juga tidak pernah menerima arahan berbuat demikian daripada Putrajaya.

APMM Sarawak tidak menerima sebarang laporan mengenai bendera Malaysia itu telah diturunkan, katanya dalam kenyataan di sini, mengulas dakwaan tersebut yang dibuat pihak tertentu menerusi media sosial.

Beting Patinggi Ali merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia. – Bernama

 

ARTIKEL YANG SAMA