APMM S’wak na...

APMM S’wak nafi turun Jalur Gemilang

KUCHING, 9 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak hari ini menafikan dakwaan ia diarah menurunkan Jalur Gemilang di Beting Patinggi Ali atau Luconia Shoals yang terletak 84 batu nautika dari pantai Miri.

Ketua Penguat kuasa Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata APMM Sarawak juga tidak pernah menerima arahan berbuat demikian daripada Putrajaya.

APMM Sarawak tidak menerima sebarang laporan mengenai bendera Malaysia itu telah diturunkan, katanya dalam kenyataan di sini, mengulas dakwaan tersebut yang dibuat pihak tertentu menerusi media sosial.

Beting Patinggi Ali merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Jalur Gemilang itu dinaikkan pada 31 Ogos 2015 oleh ahli arkeologi marin amatur Australia Kapten Hans Berekoven serta pasukan penyelidiknya dan pegawai muzium negeri semasa mereka menjalankan penyelidikan di situ.

Mengulas lanjut, Ismaili berkata pihak berkenaan turut mendakwa pesawat bombardier agensi dilihat terbang rendah di perairan itu semasa menurunkan bendera. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA