APMM tingkat kemampuan

APMM tingkat kemampuan

MIRI, 4 Okt (Bernama) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina kompleks pentadbiran di sini sebagai satu daripada langkah untuk mempertingkat kemampuan operasi di utara Sarawak.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Miri, Laksamana Pertama Abim Sungom berkata tanah seluas dua hektar di Pulau Melayu dikenal pasti untuk pembinaan kompleks pentadbiran dan kuarters kakitangan APMM Miri.

“Kami berharap (kompleks pentadbiran dan kuarters) dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya semasa perasmian program Sahabat Maritim 2015 oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Che Hassan Jusoh, di sini kelmarin.

Untuk rekod, APMM Miri sehingga hari ini beroperasi di Pusat Komersial Tebingan Sungai Miri sejak 2006.

APMM Sarawak kini hanya mempunyai satu kompleks pentadbiran dan kuarters sendiri iaitu terletak di Muara Tebas, Kuching.