Apple AS terus melabur di ekonomi China

Apple AS terus melabur di ekonomi China

SHANGHAI, 22 Okt – Syarikat teknologi AS Apple akan terus melabur di China meskipun pertumbuhan lembap di ekonomi kedua terbesar dunia itu, kata ketua eksekutif Tim Cook, tatkala syarikat bersedia untuk membuka kedai terbarunya di China.

“Saya tahu sesetengah orang berasa bimbang mengenai ekonomi. Kami akan terus melabur,” beritahu Cook kepada agensi berita Xinhua, menurut satu laporan lewat semalam.

Ekonomi China mencatat prestasi paling teruknya pada suku ketiga sejak krisis kewangan global enam tahun lalu, dengan keluaran dalam negara kasar bertumbuh 6.9 peratus, kata kerajaan pada Isnin.

Cook berkata sebelumnya beliau menjangka China pada satu hari nanti mengatasi Amerika Syarikat untuk menjadi pasaran terbesar Apple.

Pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus oleh syarikat pada tahun merangsang jualannya di China, walaupun ia menghadapi persaingan sengit daripada pesaing domestik seperti Xiaomi dan Huawei.

Syarikat AS akan membuka kedainya ke-21 di China di bandar timur laut Dalian pada Sabtu, menurut laman webnya.

Apple sebelum ini telah dikritik kerana mempunyai kedai terhad di China meskipun permintaan untuk produknya, yang menggalak penyeludupan, terutamanya dari negara jiran Hong Kong.

Apple dijangka melaporkan pendapatan sukunya pada minggu depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA