Apple, Google bertarung untuk nombor 1

Apple, Google bertarung untuk nombor 1

SAN FRANCISCO, 22 Mei (AFP) – Di puncak dunia korporat, Apple dan Google saling bertarung untuk menjadi nombor satu.

Tidak jelas mana satu daripada dua gergasi Lembah Silikon itu akan muncul juara persaingan yang menyerlahkan perbezaan dua model perniagaan yang amat ketara.

Buat jangka singkat awal tahun ini, syarikat induk Google, Alphabet mengambil alih tempat Apple sebagai syarikat dunia terbesar dalam nilai pasaran.

Apple kemudiannya memperoleh semula, kalah dan bangkit pada kedudukan pendahulu pada Mei, dalam satu pertarungan yang tampaknya berterusan buat beberapa ketika lagi.

Pada penutup perdagangan pada Jumaat, Apple bernilai kira-kira $522 bilion, berbanding $496 bilion bagi Alphabet.

Kedua-dua syarikat itu sudah pun mencatatkan keuntungan besar dalam masa beberapa tahun kebelakangan, bagi pelbagai alasan berbeza.

Apple sudah pun menjual barisan iPhones dan gajet-gajet lain yang menetapkan trend di seluruh dunia namun ‘kini tampaknya sedikit tidak bergerak,’ kata Roger Kay, penganalisis di Endpoint Technologies Associates.

Saham Apple menurun sekitar 30 peratus dalam masa 12 bulan lalu atas kebimbangan bahawa pertumbuhan menakjubkan yang pantas, kini sedang perlahan dan iPhone tidak akan dapat meraih keuntungan seperti sebelumnya.

Google dalam pada itu, sudah berubah daripada sebuah enjin carian semata-mata kepada pemimpin dalam dunia mudah alih dengan sistem operasi Androidnya.

Dan ia pada masa yang sama melabur dalam ‘moonshots’ – satu kerjasama besar-besaran yang mungkin berpotensi seperti kereta pandu sendiri, rangkaian fiber dan belon Internet.

ARTIKEL YANG SAMA