Apple jelas cukai Itali hampir RM15 juta

Apple jelas cukai Itali hampir RM15 juta

MILAN, 3 Jan (Reuters) – Apple Inc akan membayar kepada pejabat cukai Itali sebanyak STG318 juta (RM14.86 juta) bagi menyelesaikan pertikaian ke atas dakwaan syarikat itu gagal membayar cukai selama enam tahun, kata satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu.

Pembuat iPhone dan iPad itu juga akan menandatangani satu perjanjian mengenai bagaimana menguruskan liabiliti cukai sejak tahun 2015 dan seterusnya, kata sumber itu.

Perjanjian itu hadir tatkala Kesatuan Eropah (EU) dan kerajaan kebangsaan mengambil sikap lebih keras terhadap kaedah melindungi untung yang digunakan oleh syarikat multinasional.

Pendakwa Itali telah menyiasat dakwaan bahawa Apple gagal membayar cukai korporat berjumlah STG879 juta (RM4.11 juta) pada tahun 2008-2013 dengan mengurangkan pendapatan boleh cukai apabila ia mencatat keuntungan yang dihasilkan di Itali melalui anak syarikatnya di Ireland, sumber memberitahu Reuters awal tahun ini.

File photo of an Apple logo hanging above the entrance to the Apple store on 5th Avenue in the Manhattan borough of New York City

Terdahulu, pejabat cukai mengesahkan laporan dalam akhbar La Repubblica, ia sudah mencapai persetujuan dengan Apple, tetapi enggan menyatakan berapa banyak syarikat Amerika Syarikat (AS) sudah bersetuju untuk membayar.

Sumber berkata, walaupun siasatan kehakiman yang juga membabitkan tiga pengurus Apple masih dibuka buat masa ini, penyelesaian dengan agensi cukai mungkin akan memberi kesan positif ke atas siasatan. Apple tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Sebelum ini, syarikat itu memberitahu, ia adalah satu daripada pembayar cukai terbesar di dunia dan membayar setiap euro cukai yang ia berhutang di mana sahaja ia melakukan perniagaan.

ARTIKEL YANG SAMA